Monday, January 3, 2011

Kek Coklat-resepi Mak Lang Kiah

Kek Coklat

Resepi kek coklat

1 3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 cawan coklat serbuk(chocolate powder)
2 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
2 biji telur
1 sudu teh soda bikabonet
1 sudu teh baking powder

Cara-cara membuatnya

Masukkan telur, gula, air dan susu dalam blender dan kisar/blend. Masukkan pula minyak. Blend lagi. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonet dan serbuk coklat. Campur dengn campuran telur tadi dan blend lagi sampai semua sebati.
Panaskan oven 120 degree. Sapu dulang pembakar dgn minyak. Tabur/ayakkan tepung ke dalam dulang, ratakan.Masukkan adunan tadi ke dalam dulang. Bakar, selepas 20 minit kurangkan suhu oven.Bakar dengan api perlahan.
Cucuk di tengah dengan lidi untuk tahu kek dah masak atau belum. Jika masak, kek tak melekat pada lidi.
Keluarkan dan biar sejuk baru dikeluarkan dari oven.

1 comment:

  1. Salam, jika tak nak manis sangat, boleh kurangkan gula. Untuk hiasan, boleh cairkan baking chocolate dan tuang atas kek selepas kek sejuk. Selamat mencuba.

    ReplyDelete