Monday, August 19, 2013

Soto yang simple

Cara buat Soto yg simple. Nasi impit Ayam dan kentang, dipotong -letak kunyit dan garam. Goreng Kacang tanah-goreng Bawang merah- goreng Daun sup, taugeh. Sambal kicap: Cili api+bawang putih+gula+kicap+ limau nipis Halia, bawang ditumbuk + bunga lawang, kulit kayu manis, bunga chengkih. Tumis dan masukkan beb ketul ayam. Masukkan sup bunjut. Kacau2. Masukkan air dan garam. Hidang: Nasi impit, Kentang, ayam (disiat2), letak taugeh dan daun sup +kuah.

Monday, January 3, 2011

Kek Coklat-resepi Mak Lang Kiah

Kek Coklat

Resepi kek coklat

1 3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 cawan coklat serbuk(chocolate powder)
2 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
2 biji telur
1 sudu teh soda bikabonet
1 sudu teh baking powder

Cara-cara membuatnya

Masukkan telur, gula, air dan susu dalam blender dan kisar/blend. Masukkan pula minyak. Blend lagi. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonet dan serbuk coklat. Campur dengn campuran telur tadi dan blend lagi sampai semua sebati.
Panaskan oven 120 degree. Sapu dulang pembakar dgn minyak. Tabur/ayakkan tepung ke dalam dulang, ratakan.Masukkan adunan tadi ke dalam dulang. Bakar, selepas 20 minit kurangkan suhu oven.Bakar dengan api perlahan.
Cucuk di tengah dengan lidi untuk tahu kek dah masak atau belum. Jika masak, kek tak melekat pada lidi.
Keluarkan dan biar sejuk baru dikeluarkan dari oven.

Wednesday, October 14, 2009

Rendang ayam bercili padi

Bahan2

1 ekor ayam atau 1 kilo daging
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 buku lengkuas
3 batang serai
1 kilo santan
2 keping asam keping

Tumbuk cili dan lengkuas ( Boleh guna pengisar). Masuk dalam periuk bersama ayam yang sudah di potong 16 keping. Masak hingga agak kering. Masukkan santan, serai yg di titik, daun limau purut(jika suka),garam, sedikit gula dan asam keping. Masak atas api yang kecil hingga hampir kering.

Nota: Rendang ini bertambah sedap jika ditambah pucuk paku atau daun maman.